Selasa, 23 Januari 2007

Satu Langkah Maju


Tetaplah bergerak maju,
sekalipun lambat.
Kerana dalam keadaan tetap bergerak anda menciptakan kemajuan.
Adalah jauh lebih baik bergerak maju,sekalipun perlahan,
daripada tidak bergerak sama sekali.
Dalam hidup kita sering merasa buntu hanya kerana kita ingin mengambil langkah yang terlalu besar.

Akibatnya, masalah kita jadi terlihat besar sekali,
kompleks dan tak terselesaikan.
Hasilnya, anda hanya termenung dan tidak bergerak.
Sabar dan cuba mundur sebentar.
Perhatikan tantangan anda.
Tidakkah lebih mungkin anda mengambil langkah-langkah pendek terus menerus serta berusaha menelan semua masalah sekaligus.
Satu langkah kecil demi satu langkah kecil- asalkan anda tidak berhenti- adalah cukup,
kerana anda masih memiliki hari esok dan masih ingin bergerak maju.

Dan bukan berhenti.